Custom Search

Thursday 21 October 2010

Adik-adik SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang

hari jumaat lepas aku telah melapor diri ke kem rej 504 Askar Wataniah bagi siri latihan kem tahunan bagi tahun 2010. Sebab itulah agak lama blog dan facebook ni menyepi tanpa sebarang update dari aku.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah akhirnya program war gane bersama adik-adik SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang dahpun melabuhkan tirainya, Sejak bermula pada Selasa 19 Oktober dengan kehadiran kira-kira 202 pelajar, program WG ini berjaya ditamatkan oleh oleh hanya kira-kira 190 orang pelajar sahaja. Apa pun, ia satu program yang terbaik pernah dikendalikan oleh madani jati, di mana aku bertindak sebagai fasilitator dan kadangkala sebagai penceramah.

Bersama sebahagian peserta program


Hairan kan, dari jumlah dua ratus lebih menyusut kepada hanya 190 lebih sahaja peserta. Mana tidaknya, ada yang telah dihantar pulang seawal jam 5 petang hari pertama. Ada yang demam, cedera, tak tahan dan pelbagai lagi cerita di sebalik kepulangan mereka. Pastinya mereka yang telah pulang tidak akan mendapat ilmu yang telah diperturunkan oleh barisan fasilitator MJTC. Apa pun, MJTC mengalu-alukan kehadiran anda bersama program MJTC di lain waktu dan tempat.

Rata-rata peserta dari tingkatan 3 yang baru sahaja merdeka dari peperiksaan PMR. Awas adik-adik, PMR sudah selesai, sekarang tiba masanya untuk fikirkan tentang SPM pula. Jangan adik-adik leka dalam persediaan untuk SPM. Dua tahun bukan masa yang lama, hanya sekejap ia berlalu.Buat adik-adik SMKDSA, Paklong mendoakan kejayaan adik-adik dalam PMR dan juga SPM yang akan adik-adik tempuhi pada 2012 nanti.

Program WG kali ni memang antara yang terbaik pernah dikendalikan oleh MJTC. Peserta yang cergas, mantap dan amat berdisiplin sehinggakan kadangkala barisan fasilitator buntu untuk melakukan provokasi. Pelbagai aktiviti menghiasi program kali ini, antaranya ialah program membajak sawah, jalan malam, makan beradap, fear factor, pemilihan peserta komando dan kemuncaknya adalah wargame.

Turut diperturunkan oleh aku ialah seni tarian poco-poco yang aku baru belajar di kem 504 dan juga ilmu senaman perang, Lepas ni bolehlah gunakan ilmu tu di sekolah pulak.

Ada jugak antara peserta yang mendapat nama panggilan istimewa seperti Orang Asli, Komando RM1, 23 Ogos dan Hero. Nama-nama ini mempunyai cerita di sebaliknya...
Mata dah mengantuk, badan dah mula melayu, mungkin setakat ini dulu entri untuk kali ini...Insya Allah selepas ini akan diceritakan dengan lebih jelas mengenai program bersama SMKDSA ini setelah aku mendapat material-material berupa gambar kejadian program ni.

Sampai bertemu lagi, terima kasih kerana sudi menjengah di sini...


No comments: