Custom Search

Wednesday 6 October 2010

Fenomena Manik Urai di Galas


Terkejut apabila melihatkan tajuk laporan akhbar Berita Harian ni. Sewa rumah di Gua Musang sampai RM10000 dan ada yang mencecah RM15000 untuk sepanjang tempoh pilihan raya. Dan mengikut perkhabaran juga, semakin banyak gerai dan warung didirikan menjelang Pilihanraya DUN Galas yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Fenomena ini sebenarnya pernah berlaku sewaktu Pilihanraya Kecil Dun Manik Urai yang menyaksikan harga semangkuk mi segera mencecah RM6 hanya di warung tepi jalan. Mungkin apa yang berlaku kini adalah persediaan menjelang pilhanraya yang dilakukan oleh penduduk tempatan dan juga para peniaga untuk mencari rezeki lebih sewaktu musim mengundi. 
Rakyat Kelantan memang terkenal dengan sifat dan sikap yang suka berniaga, tak kiralah apa pun jenis perniagaan. Dari perniagaan jualan langsung, MLM, affiliate sehinggala menjual makanan dan minuman. Senario ini dapat dilihat di setiap pelosok Kelantan. Di negeri-negeri lain pun dapat ditemui warga Kelantan yang merantau mencari rezeki, kebanyakannya turut melakukan perniagaan sama ada secara separuh masa atau sepenuh masa. Inilah sifat orang Kelantan yang patut dicontohi kerana mereka menyedari bahawa 9 daripada 10 punca rezeki adalah datangnya daripada perniagaan.
Berbalik kepada isu kedai makan yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan di sekitar Gua Musang, apa yang diharapkan janganlah kejadian sewaktu pilihanraya Manik Urai lalu kembali berulang. Kepada yang nak mencari wang lebih, berniagalah dengan penuh kejujuran, jangan tamak sehingga menaikkan harga makanan sesuka hati sepanjang musim mengundi kelak. Ingatlah, orang tamak selalu rugi. Hehehe...

No comments: