Custom Search

Wednesday, 20 July 2011

Luahan Hati : Muhammad Rayyan Al Amin

Kira-kira empat bulan yang lalu seakan-akan tidak percaya status aku dah jadi seorang ayah Daddy papa Abah dan yang seangkatan dengannya. 7 Mac 2011 Muhammad Rayyan Al Amin dilahirkan tepat jam 2.48 pm secara pembedahan. Hanya Allah yang tahu betapa gembira hati saat itu. 

Kini usia Al Amin sudah empat bulan...dua minggu lagi akan menjengah ke lima bulan. Baru saja dua minggu belajar meniarap dan sudah mula pandai 'demand' dengan mama dan papa dia (aku la). Kalau tak dilayan, jeritannya cukup kuat untuk didengari oleh jiran sebelah. Bukan menangis tak tentu pasal tapi merengek minta dilayan. Ragam anak bujang inilah yang membuatkan aku dan isteri tak kering gusi melayannya.



Walaupun kepenatan setelah seharian bekerja, tatkala melihat saja mimik muka Al Amin, hilang semua kepenatan. Nikmatnya hidup berkeluarga sendiri. Ha ha ha ha....



Macam skema la pulak 'coretan' kali ni. Ha ha ha ha....mood tengah malam menjelma. Biasalah...Anak dah tido. Malam ni aku sendirian menemankan Al Amin sebab mama die kerja malam...But no hal lah..dah biasa kan...Lagipun budak kecik ni senang nak jaga. Anak papa la katakan...

Anyway thanks la sebab sudi gak bace blog ini (tak habis2 nak berterima kasih) sebab aku masih rasakan sangat bertuah andainya ada insan yang sudi menjengah ke blog yang tak seberapa ini. Sokongan kalian diharapkan dapat memajukan dunia blogging yang dah lama berhabuk ni....

Wassalam.

Monday, 28 March 2011

PERMINTAAN LAGU

Assalamualaikum. Kepada pendengar-pendengar yang ingin membuat permintaan lagu, sila mesej di shoutbox blog ini (cari kat sebelah kanan screen anda) atau menerusi Portal ThnFm.Net (anda perlu mendaftar sebagai user-FREE je) atau menerusi Yahoo Messenger kepada ID ayie_andika ataupun menerusi facebook di wall saya (klik sini) atau search je nama Syafrie Andika di Facebook. Syarat-syarat setiap permintaan ialah:
1. Maksimum 2 lagu setiap permintaan
2. Lagu Pertama - Lagu Tempatan (Malaysia) daripada apa juga bahasa dan genre
    Lagu Kedua   - Lagu Terbuka (lagu pilihan anda dari seluruh alam semesta)
3. Jika ada ucapan hendaklah tidak melebihi 20 patah perkataan.
4. Jika anda menujukan lagu, hendaklah tidak melebihi 5 orang setiap lagu.
5. Untuk membuat permintaan seterusnya, pastikan permintaan terdahulu telahpun ditunaikan.

Sekian. Terima Kasih.

Sunday, 5 December 2010

Jika ku tiada

salamx...

kepada mereka yang mendengarkan siaran ThnFm.Net dan ingin membuat permintaan lagu di kala ketiadaan saya, anda boleh la menghantar request anda kepada dj yang bertugas di kala itu (kalau ada la). Kalau ada jawapan tu, kira ada la dj yang sedang menjadi penunggu konti, kalau takda jawapan dalam masa 15 minit tu, maknanya radio itu sedang autorun lah...
so, kepada anda yang nak request tu, dengar-dengarlah suara dj yang ke udara....dengarkan siapa dia...adakah SAYA atau DJ UNCLE DEAN ataupun dj-dj lain yang ke udara...

jika DJ UNCLE DEAN ke udara, bolehlah jenguk-jenguk ke blog beliau iaitu Satu Hari Dalam Kehidupan dan tinggalkan jejak anda di sana...kalau rajin follow la sekali ek...

sekian untuk kali ini...

mekasihbebanyak

Saturday, 4 December 2010

Online Radio

Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog yang tak seberapa ni hanya untuk mendengarkan saya on air LIVE di TheHavocNetwork fm. Kepada mereka yang ingin mendengarkan radio ini di Winamp masing, anda boleh la paste URL ni kat Winamp anda.

http://119.110.102.214:8000/listen.pls

Untuk membuat permintaan lagu dan ucapan, boleh postkan ke Facebook saya atau melalui YM saya dengan menggunakan username ayie_andika.

Untuk melihat senarai lagu terkini dalam simpanan saya...sila klik di SINI

Sekian. Timekasih bebanyak.

Thursday, 21 October 2010

Adik-adik SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang

hari jumaat lepas aku telah melapor diri ke kem rej 504 Askar Wataniah bagi siri latihan kem tahunan bagi tahun 2010. Sebab itulah agak lama blog dan facebook ni menyepi tanpa sebarang update dari aku.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah akhirnya program war gane bersama adik-adik SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang dahpun melabuhkan tirainya, Sejak bermula pada Selasa 19 Oktober dengan kehadiran kira-kira 202 pelajar, program WG ini berjaya ditamatkan oleh oleh hanya kira-kira 190 orang pelajar sahaja. Apa pun, ia satu program yang terbaik pernah dikendalikan oleh madani jati, di mana aku bertindak sebagai fasilitator dan kadangkala sebagai penceramah.

Bersama sebahagian peserta program


Hairan kan, dari jumlah dua ratus lebih menyusut kepada hanya 190 lebih sahaja peserta. Mana tidaknya, ada yang telah dihantar pulang seawal jam 5 petang hari pertama. Ada yang demam, cedera, tak tahan dan pelbagai lagi cerita di sebalik kepulangan mereka. Pastinya mereka yang telah pulang tidak akan mendapat ilmu yang telah diperturunkan oleh barisan fasilitator MJTC. Apa pun, MJTC mengalu-alukan kehadiran anda bersama program MJTC di lain waktu dan tempat.

Rata-rata peserta dari tingkatan 3 yang baru sahaja merdeka dari peperiksaan PMR. Awas adik-adik, PMR sudah selesai, sekarang tiba masanya untuk fikirkan tentang SPM pula. Jangan adik-adik leka dalam persediaan untuk SPM. Dua tahun bukan masa yang lama, hanya sekejap ia berlalu.Buat adik-adik SMKDSA, Paklong mendoakan kejayaan adik-adik dalam PMR dan juga SPM yang akan adik-adik tempuhi pada 2012 nanti.

Program WG kali ni memang antara yang terbaik pernah dikendalikan oleh MJTC. Peserta yang cergas, mantap dan amat berdisiplin sehinggakan kadangkala barisan fasilitator buntu untuk melakukan provokasi. Pelbagai aktiviti menghiasi program kali ini, antaranya ialah program membajak sawah, jalan malam, makan beradap, fear factor, pemilihan peserta komando dan kemuncaknya adalah wargame.

Turut diperturunkan oleh aku ialah seni tarian poco-poco yang aku baru belajar di kem 504 dan juga ilmu senaman perang, Lepas ni bolehlah gunakan ilmu tu di sekolah pulak.

Ada jugak antara peserta yang mendapat nama panggilan istimewa seperti Orang Asli, Komando RM1, 23 Ogos dan Hero. Nama-nama ini mempunyai cerita di sebaliknya...
Mata dah mengantuk, badan dah mula melayu, mungkin setakat ini dulu entri untuk kali ini...Insya Allah selepas ini akan diceritakan dengan lebih jelas mengenai program bersama SMKDSA ini setelah aku mendapat material-material berupa gambar kejadian program ni.

Sampai bertemu lagi, terima kasih kerana sudi menjengah di sini...


Thursday, 7 October 2010

Before and After

Setelah hampir empat bulan aku menyimpan janggut dan rambut yang agak panjang...akhirnya malam ini, ia hanya tinggal kenangan...hehehe...thanks to mr vijay sharma...keh keh keh

Before di'kerja'kan mr vijay





After di'kerja'kan oleh mr vijay


hahahaha...semuanya hanya RM7
-end-

Wednesday, 6 October 2010

Fenomena Manik Urai di Galas


Terkejut apabila melihatkan tajuk laporan akhbar Berita Harian ni. Sewa rumah di Gua Musang sampai RM10000 dan ada yang mencecah RM15000 untuk sepanjang tempoh pilihan raya. Dan mengikut perkhabaran juga, semakin banyak gerai dan warung didirikan menjelang Pilihanraya DUN Galas yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Fenomena ini sebenarnya pernah berlaku sewaktu Pilihanraya Kecil Dun Manik Urai yang menyaksikan harga semangkuk mi segera mencecah RM6 hanya di warung tepi jalan. Mungkin apa yang berlaku kini adalah persediaan menjelang pilhanraya yang dilakukan oleh penduduk tempatan dan juga para peniaga untuk mencari rezeki lebih sewaktu musim mengundi. 
Rakyat Kelantan memang terkenal dengan sifat dan sikap yang suka berniaga, tak kiralah apa pun jenis perniagaan. Dari perniagaan jualan langsung, MLM, affiliate sehinggala menjual makanan dan minuman. Senario ini dapat dilihat di setiap pelosok Kelantan. Di negeri-negeri lain pun dapat ditemui warga Kelantan yang merantau mencari rezeki, kebanyakannya turut melakukan perniagaan sama ada secara separuh masa atau sepenuh masa. Inilah sifat orang Kelantan yang patut dicontohi kerana mereka menyedari bahawa 9 daripada 10 punca rezeki adalah datangnya daripada perniagaan.
Berbalik kepada isu kedai makan yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan di sekitar Gua Musang, apa yang diharapkan janganlah kejadian sewaktu pilihanraya Manik Urai lalu kembali berulang. Kepada yang nak mencari wang lebih, berniagalah dengan penuh kejujuran, jangan tamak sehingga menaikkan harga makanan sesuka hati sepanjang musim mengundi kelak. Ingatlah, orang tamak selalu rugi. Hehehe...

Saturday, 2 October 2010

1st Post

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Ribuan terima kasih diucapkan kepada anda yang sudi untuk menjengah sebentar ke [mohdsyafrie.blogspot] ni...

Setelah lebih setahun blog ini sunyi sepi tanpa sebarang aktiviti, rasanya sudah tiba masanya untuk saya memulihkan kembali blog ini kepada keadaan asal dan ke arah lebih baik lagi.

Mungkin ramai di antara anda masih tertanya-tanya apakah sebenarnya tujuan blog ini. Suka saya nyatakan di sini ia adalah lebih kepada luahan rasa dan pendapat peribadi mengenai isu-isu semasa dan kehidupan saya dan keluarga saya. Apa pun, ia masih lagi di peringkat permulaan dan memerlukan kritikan dan pandangan yang bernas daripada anda semua bagi mencapai matlamat 10 000 hits sehingga hujung tahun ini.

Kedengaran mustahil bukan? Dalam masa yang amat singkat, sekitar 2 bulan sahaja lagi ke penghujung tahun 2010, untuk mencatat 10 000 hits merupakan satu kejaiban yang saya harapkan. Itu pun dengan sokongan dan bantuan rakan-rakan siber sekalian serta kurniaan Allah s.w.t.

Sebarang cadangan dan pandangan anda bolehlah tinggalkan di ChatBox di sebelah kanan atas blog ini.

Salam 1 Blogger.

Wednesday, 16 September 2009

..::SeLaMaT HaRi MaLaYSia::..

wow....memula bukak paper online hari ni terpampang besar2 muka dato' najib ngan dato' nazmi launching pasal pasukan 1Malaysia F1 Team...
pergh...negaraku Malaysia nak ada team F1 sendirik dah...

‘‘Pelumbanya juga adalah rakyat Malaysia dan begitu juga dengan pasukan pitt stop. Pasukan ini merupakan hasil usahasama antara sektor awam dan swasta di mana ia menggabungkan Proton dan Lotus dengan disokong oleh SIC, Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Kumpulan Naza serta AirAsia Berhad."


pasni jom kawan-kawan kita pakat2 p tgk F1. barulah betoi...ada pasukan Malaysia....

dengan ini bermakna sape2 yang nak jadi krew pit utk 1Malaysia F1 Team ni...boleh apply sekarang la kan...apply dengan Proton...ha ha ah ha ha ha ha....


sedar tak sedar kan...dan aku rasa tak ramai rakyat Malaysia yang macam aku hari ni menyedari hari ini adalah ulang tahun penubuhan Malaysia yang ke-46...haa....
mesti ramai yang lupa 16 September 1963....tapi kalau 31 Ogos 1957 siap nyanyi lagu lagi....
anyway...Malaysia ku semakin meriah dan pesat membangun dipayungi kemakmuran limpahan Allah s.w.t.

Salam 1Malaysia

Sunday, 5 April 2009

..::Kanak-kanak Batu 8::..

Semalam baru sahaja tamat satu lagi program dengan pelajar sekolah. Kali ini dinamakan program Kepemimpinan untuk pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Lapan, Changloon, Kedah. Mereka adalah daripada kalangan pengawas, ketua darjah dan juga pengawas pusat sumber yang merupakan kelompok pemimpin di peringkat sekolah mereka. Sekecil-kecil darjah 4 hinggalah ke darjah 6. Kehadiran mereka bukannya kali pertama ke Hutan Lipur Bukit Wang namun tergambar keseronokan yang akan dilalui sepanjang aktiviti 3 hari 2 malam ini.
Dengan tenaga fasilitator seramai 3 orang sahaja dan jugatenaga sokongan Madani Jati seramai 4 orang, inilah yang dirasakan program yang paling mencabar tahun ini. Masakan tidak, dengan kerenah kanak-kanak riang yang sebahagiannya masih tidak mengenali apa itu erti kepemimpinan, ternyata ia menguji kesabaran fasilitator. Memberikan satu-satu arahan adalah sangat mudah, namun bagi memastikan mereka ikut arahan adalah tidak semudah mulut menyebutnya. Kena menjerit-jerit, cakap dengan nada kuat baru mereka nak dengar. Jauh berbeza dengan pelajar-pelajar sekolah menengah yang mana lebih matang dan mudah dikendalikan (pada pandangan peribadi saya la). Sesekali terfikir jugak sepatutnya cikgu-cikgu sekolah rendah ni diberikan gaji yang sangat tinggi kerana mereka perlu berhadapan dengan kanak-kanak yang fikirannya banyak untuk keseronokan dan amat mencabar mendidik golongan ini.
Tapi yang seronoknya ialah pada waktu senaman pagi, macam biasa la...poco-poco dan chicken dance menjadi pengisian utama. Kanak-kanak ini lebih meminati dan menyukai aktiviti bermuzik sebegini. Buktinya poco-poco dan chicken dance mendapat sambutan hangat walaupun pada awalnya ramai pelajar lelaki yang tidak pandai berpoco-poco. Pantang ada masa terluang saja, mereka minta poco-poco dan 'tarian ayam'.
Untuk kumpulan sekolah rendah ini, kami ubah sedikit modul dan pengisian supaya bersesuaian dan dapat diterima dengan mudah oleh kanak-kanak ini. Bagi program WarGame, kami menggunakan modul ambush atau 'serang hendap' yang lebih selamat dari segi perlaksanaannya berbanding konsep 'serangan khemah musuh' yang dibuat oleh pelajar sekolah menengah.
Nyata tanggapan selama ini bahawa kanak-kanak sekolah rendah lebih mudah dikendalikan adalah tidak benar. Buktinya, kami para fasilitator mengalami gangguan suara dan kerongkong akibat terlalu banyak 'bertempik' dengan mereka. Apa pun, kali ini merupakan satu pengalaman yang berharga...
Wah...

Wednesday, 1 April 2009

..::JENAN+BESERI=MANTOP::..

Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas 26-28 Mac 2009, satu lagi program telah selesai dijalankan. Kali ini melibatkan 2 buah sekolah yang mana pernah menjadi impian saya dulu untuk belajar di sana. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim dan juga Maktab Rendah Sains MARA Beseri. Program selama 3 hari dan 2 malam ini amat menguji minda para fasilitator dan peserta.

Bermula pada 26 Mac iaitu Khamis, program dimulakan dengan kehadiran kumpulan daripada SMSAH seramai 50 orang pelajar. Saya yang telah menunggu sedari pagi di Bukit Wang keluar menjemput kumpulan ini tepat jam 3.30 petang.
Cabaran pertama yang mereka perlu lalui ialah berjalan kaki hampir 1.5 kilometer menuju ke kawasan rumah rehat Jabatan Perhutanan yang mana menempatkan kira-kira 10 buah chalet di mana kebanyakan program akan diadakan. Seperti biasa sesi ice breaking dimulakan diikuti dengan sesi memperkenalkan barisan jurulatih dan fasilitator yang akan mengendalikan program-program yang telah diaturkan.
Sesi pada malam pertama dipenuhi dengan beberapa aktiviti, antaranya ialah aktiviti ala burung hantu di mana peserta akan diletakkan di tempat yang gelap secara sendirian selama beberapa ketika. Rancangan awal saya mahu meletakkan peserta ini jauh ke dalam hutan selama lima jam dan akan disuruh pulang secara sendirian dalam kepekatan malam tanpa menggunakan sebarang lampu suluh. Namun memandangkan jumlah peserta yang terlalu ramai, mereka hanya diletakkan dalam jarak 5 meter seorang. Namun itu sudah cukup membuatkan sesetengahnya menggeletar ketakutan kerana tidak dapat melihat rakan-rakan di sekeliling mereka. :) Ada yang bernasib baik menerima sedikit kuaci yang diberikan oleh beberapa orang fasilitator bagi menghilangkan kebosanan.
Hari kedua (Jumaat) selepas aktiviti senaman poco-poco dan 'tarian ayam portugis' peserta dibawa ke trek hutan melalui tangga Permatang Seraya. Dalam pendakian, saya lihat stamina para peserta agak tinggi kerana masih mampu melangkah gagah walaupun telah sampai ke anak tangga ke 360. Setibanya di puncak, terdapat sedikit kesulitan kerana trek banyak dihalang oleh pokok tumbang serta keadaan yang sangat merbahaya untuk dilalui. Saya tidak mahu mengambil sebarang risiko untuk membawa mereka melalui trek tersebut. Bagi memenuhi masa yang ada, setiap kumpulan ditugaskan untuk membincangkan secara lanjut mengenai topik kepemimpinan yang telah diberikan sebelum itu.
Selepas solat Jumaat, peserta diajar beberapa senaman perang dan 'dihukum' atas beberapa kesalahan yang mereka lakukan. Dalam masa yang sama, kami menerima ketibaan peserta seramai 34 orang lagi dari Maktab Rendah Sains Mara Beseri, Perlis yang akan menyertai pelajar SMSAH dalam 24 jam berikutnya. Setelah sesi taklimat ringkas, peserta dibahagikan kepada 5 platun untuk fasa seterusnya iaitu peperangan.
Saat ini peserta mula memasuki WarGame yang sebenar di mana perintah akan disampaikan oleh fasilitator kepada platun masing-masing. Perintah yang disampaikan menggambarkan persediaan yang perlu dilakukan, pergerakan ke kawasan pertempuran dan pergerakan semasa serangan ke atas khemah musuh.Setelah selesai penyampaian perintah, setiap platun mula membuat persediaan tempur dengan menyediakan 'bom beracun' yang mana ramuan adalah bahan-bahan yang kotor dan busuk.
Pergerakan dilakukan selepas Isyak ke kawasan pertempuran. Peserta perlu berjalan kaki ke objektif sejauh 5 kilometer dalam kepekatan malam. Nyata berjalan kaki pada waktu malam kelam sejauh ini menguji kekentalan semangat peserta. Saya yang baik hati memberikan peserta rehat beberapa kali dalam perjalanan ke objektif. Tepat pada jam 0130 pagi, semua platun telahpun bersedia dalam kedudukan masing-masing tanpa disedari oleh pihak musuh dan tepat jam 0230 pagi, serangan ke atas kedudukan musuh dilakukan. Pertempuran hebat tercetus dengan balingan 'bom beracun' beserta ramuan 'istimewa' dan berakhir kira-kira 15 minit kemudian. Musuh yang ditawan dibawa pulang ke kem dan disoalsiasat.
Dek kerana kegagalan semua platun melancarkan serangan dengan sempurna, beberapa hukuman telah dikenakan ke atas para peserta sehingga mereka tidak lagi bermaya untuk berjalan pulang ke tempat penginapan. Jelas di sini tiada aspek kepemimpinan diaplikasikan oleh setiap platun dalam serangan yang membawa kepada kegagalan serangan. Diharapkan para peserta dapat memikirkan apakah punca kegagalan serangan itu. Disebabkan saya telah mengantuk, saya hanya memberikan peluang kepada mereka untuk berehat kira-kira jam 4.15 pagi. HE he he he :P
Hari Sabtu penuh dengan kegembiraan dan pelbagai keletah peserta dalam aktiviti Explorace Fear Factor. Di samping mengikut modul yang telah ditetapkan, peserta turut diuji dengan beberapa aspek 'Fear Factor' seperti mencari pacat secara individi, memberus gigi beramai-ramai dan merangkak dalam lumpur yang penuh nikmat. Pastinya ia akan menjadi kenangan yang sukar dilupakan. Menjelang tengah hari, semuanya tamat dan tibalah masa untuk peserta meninggalkan kem. (Habis dan bab formal)
Masuk bab ni dah rasa macam-macam...saya nak gelak pun ada, sedih pun ada...
Mula-mula peserta JENAN bersiap-siap hendak pulang. Sedang saya tengah syok makan, ada yang datang panggil hendak ketemu sama semua fasilitator. Waduh-waduh...dekat nak balik mereka boleh pulak nyanyi lagu "Kenangan Terindah" untuk fasilitator. Erk...sedihnya...nak nangis...tapi masing-masing cover jek buat muka selamba badak...walhal dalam hati dah sebak membuak-buak...
Lebih kurang jugak la bila time geng BESERI nak balik, keadaan hampir sama juga berlaku...Tapi para fasilitator masih lagi macho dan selamba kawal kesedihan di hati...
Saya rasa sedih jugak la sebab selama program Khamis-Sabtu ni saya yang paling banyak 'kenakan hukuman' kepada mereka. Dahsiap kena COP atas dahi dah FASI PALING GARANG+JAHAT.
Anyway, buat adik-adik JENAN dan BESERI memanglah Paklong ini JAHAT & GARANG, tapi sebenarnya baik hati...
Jumpa di sekolah @ maktab sebab paklong selalu ke JENAN dan BESERI
Adios

Tuesday, 31 March 2009

..::Selamat Datang::..

Assalamualaikum dan Selamat Datang.
Melalui blog ini, saya akan memuatkan coretan dan kisah sepanjang kem motivasi / ceramah / kursus kepemimpinan yang pernah saya kendalikan bersama anda semua. InsyaAllah, setiap kali selepas satu-satu program motivasi, saya akan menghantar berita terbaru mengenai program-program yang telah dijalankan. Diharapkan dengan adanya blog yang tidak seberapa ini, saya dapat berkongsi cerita dan pengalaman bersama anda semua.

..::PaKLoNG::..